Categories
Bola Sepak

Allegri sangat gembira apabila Ronaldo kembali menjaringkan gol

Massimiliano Allegri memuji prestasi Cristiano Ronaldo selepas dia menjaringkan gol penting ke atas Ajax, walaupun bos jurulatih Juventus itu mengharapkan sesuatu yang lebih daripada itu ketika mereka ke perlawanan kedua Liga Juara-Juara di Turin pada minggu depan.

Ronaldo kembali beraksi berikutan kecederaan otot yang dialami semasa tugas antarabangsa bulan lepas dan pemenang lima kali Ballon d’Or mengembirakan  pasukannya dengan satu jaringan gol yang menjadi bekalan yang baik buat Juventus kerana memperoleh gol di tempat lawan.

Bintang Juve tidak menunjukkan tanda-tanda masalah paha ketika dia berlari ke kawasan penalti dan menewaskan penjaga gawang Ajax Andre Onana dengan tandukan pada babak pertama di Amsterdam.

David Neres berjaya memberi kelegaan kepada penyokong tuan rumah apabila menjaringan gol yang menarik beberapa saat selepas babak kedua bermula – tuan rumah Belanda menunjukkan corak permainan yang dominan di Johan Cruijff Arena.

Apabila ditanya mengenai Ronaldo selepas perlawanan, ketua jurulatih Allegri mengatakan kepada wartawan: “Dia baru saja kembali, dia berlari banyak dan dia bermain sangat bagus.

“Dia memulakan aksi itu dan dia menamatkannya dengan menghasilkan gol. Ini adalah Ronaldo.

“Tetapi saya akan menambah bahawa dalam perlawanan kedua, kita perlu melakukan lebih baik sebagai satu pasukan dan yang paling utama apabila memiliki bola dan mereka menekan kami.”

Juve sedar mereka akan menghadapi tugas sukar apabila melayan Ajax di Turin pada 16 April kerana pasukan Eredivisie itu telah mengejutkan juara bertahan tiga kali Real Madrid dalam peringkat kalah mati pertama.

Ajax tewas 2-1 di tempat sendiri di Madrid dalam perlawanan pembukaan sebelum meranapkan perjuangan gergasi Sepanyol 4-1 di Santiago Bernabeu pada pusingan 16, dan Allegri perlu berhati-hati dengan pasukan yang boleh membuat sebarang kejutan ini.

“Satu pasukan yang mampu menghilangkan Real Madrid dan menang 4-1 di Bernabeu, mereka bukan sekadar pasukan yang muda, berkualiti, mereka adalah pasukan yang mengalahkan Real Madrid dalam babak 16 dan bermain di suku akhir Liga Juara-juara,” Allegri berkata.

“Kami tahu bahawa di rumah mereka akan bermain seperti ini. Di Turin ia akan berbeza, tetapi mereka mempunyai personaliti untuk datang ke stadium kami dan bermain dengan kualiti teknikal mereka.

“Kami perlu lebih baik kerana apabila anda berjaya melarikan diri dari tekanan mereka, anda merasakan seolah-olah ada padang pasir antara anda dan gol, yang merupakan sesuatu yang berlaku pada babak pertama, yang berlaku pada babak kedua, dan di mana kita perlu menjadi lebih baik. “

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *