Categories
Bola Sepak

Firmino cergas untuk aksi final Liga Juara-juara – Klopp

Roberto Firmino telah cergas dan bersedia untuk memulakan perlawanan Liga Juara-Juara, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkannya pada hari Jumaat.

Firmino telah terlepas tiga perlawanan terakhir Liverpool dengan kecederaan pangkal paha tetapi sekarang ini dia bersedia untuk menghadapi Tottenham di Madrid pada hari Sabtu ini.

Bagaimanapun sebelum ini, pemain Brazil itu tidak pasti akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan untuk perlawanan akhir Liga Juara-juara.

Klopp masih berahsia dan tidak mahu memberikan sebarang petunjuk mengenai rancangan pemilihan pemain yang akan diturunkan, dengan hanya pemain tengah utamanya Naby Keita yang sah cedera dan akan terlepas perlawanan yang sangat penting itu.

“Ya, dia sudah bersedia,” kata Klopp pada sidang akhbar ketika ditanya mengenai ketersediaan Firmino. “Dia telah cergas dan telah mengikuti latihan. Sudah pasti dia akan dalam kondisi yang bagus.”

“Adakah dia akam bermula dari awal perlawanan?Saya hanya akan memberitahu anda jika Poch [Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino] memberikan senarai penuh pasukannya dalam perlawanan akhir nanti!”

Dengan ketiadaan Firmino pada perlawanan separuh akhir kedua sebelum ini, Divock Origi telah menjadi watak penting dengan menjaringkan gol yang meranapkan impian Barcelona dalam satu perlawanan yang boleh dianggap satu kebangkitan yang sangat luar biasa dipamerkan skuad Jurgen Klopp.

Penyerang Belgium telah memberi Reds kemenangan mutlak secara agregat 4-3 di perlawanan kedua di Anfield berpunca daripada sepakan sudut pintar yang diambil Trent Alexander-Arnold yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Namun kemenangan di separuh akhir itu tidak bermakna apa-apa untuk The Reds andai mereka tewas kepada Spurs di perlawanan akhir liga Juara-juara.

 

Categories
Bola Sepak

Liverpool boleh menjadi ‘tidak boleh dihalang’, kata Alexander-Arnold

Trent Alexander-Arnold percaya Liverpool akan menjadi “tidak dapat dihalang” apabila mereka memperoleh peluang untuk menamatkan kemarau kejuaraan mereka di bawah pengurus Jurgen Klopp.

Liverpool menghadapi Tottenham di final Liga Juara-juara di Madrid pada hari Sabtu yang mahu menyerahkan trofi pertama kelab itu sejak 2012.

Skuad Klopp berjaya mengumpul 97 mata dalam Liga Perdana musim ini, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana masih gagal menafikan kejuaraan Manchester City.

Tetapi Alexander-Arnold merasakan gelaran boleh membawa kepada kejayaan berterusan Liverpool selepas ini.

“Pasukan ini cukup baik untuk memenangi liga, untuk memenangi Liga Juara-Juara,” katanya kepada wartawan ESPN.

“Kami telah membuktikan bahawa kami adalah pasukan yang berkualiti sepanjang dua musim yang lalu dan kami hanya perlu terus mara ke hadapan untuk memperoleh kejayaan merangkul piala dan final Liga Juara-juara adalah peluang terbaik kami di saat ini.”

“Saya pasti sebaik sahaja kami mendapat satu, kami tidak dapat dihalang dan itu adalah matlamat kami – menjadi pasukan yang sukar ditewaskan.”

Sebagai rekod, Liverpool mara ke final Liga Juara-Juara untuk musim kedua berturut-turut, setelah mengalami kekalahan 3-1 kepada Real Madrid tahun lalu.

Alexander-Arnold, 20, berkata Liverpool telah bertambah baik dari semua sudut sejak kekalahan kepada Real di Kiev.

“Kali ini kita tahu apa yang berlaku, kita faham segala-galanya di sekeliling permainan supaya kita lebih bersedia dalam hal itu,” katanya.

“Kami adalah pasukan yang lebih lengkap. Sepanjang musim ini, kami telah menunjukkan pelbagai cara untuk memenangi dan melatih diri sendiri, apabila kami menjaringkan gol pertama, kami sangat sukar untuk dibolosi. Jika kami memerlukan gol di akhir perlawanan, kami telah membuktikan kami boleh menghasilkannya. Sekiranya kami perlu mengurus tempoh permainan dan menunggu peluang yang sesuai, kita tahu apa yang perlu dilakukan.”

“Sekiranya kami tidak mempamerkan kemampuan kami 100 peratus, Spurs tentu boleh mengecewakan kami, tetapi kami akan menggunakan semua kekuatan yang kami ada pada perlawanan itu nanti.”

Aksi final pada Sabtu ini sudah tentu akan menjadi tumpuan daripada semua peminat dan bukan peminat kedua-dua pasukan. Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawanan terbesar Eropah pada tahun ini.

Categories
Bola Sepak

3 Sebab Kenapa Manchester United Bukan Lagi Sebuah Kelab Yang Digeruni

Di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada satu ketika dahulu, Manchester United adalah salah satu pasukan yang paling ditakuti di seluruh Eropah. Mereka sangat bahaya dalam serangan, memiliki barisan pertahanan yang sukar ditembusi, dan mempunyai mentaliti kemenangan yang membantu mereka berjaya memenangi trofi yang tidak terkira banyaknya. Mempunyai barisan pemain bintang seperti Ronaldo, Giggs, Rooney, Scholes dan Ferdinand dalam pasukan, mereka diistilahkan mempunyai salah satu skuad paling lengkap di dunia.

Apabila dibuat perbandingan skuad dulu dengan yang sekarang, perbezaannya adalah seperti malam dan siang. Bukan sahaja tidak mempunyai pemain pertahanan seperti Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic yang boleh mengemudi pertahanan dengan baik, bahkan United hanya mempunyai pemain pertahanan seperti Phil Jones dan Chris Smalling, yang selalu sahaja melakukan kesalahan-kesalahan yang mudah.

Di samping tidak mempunyai pemain tengah seperti Paul Scholes dan Ryan Giggs yang dapat mengawal posisi tengah dengan baik, mereka kini mempunyai pemain seperti Paul Pogba, yang tidak konsisten. Akhir sekali, bukan sahaja tiada pemain sayap yang hebat seperti Cristiano Ronaldo, mereka kini memiliki pemain yang mempunyai reputasi yang agak hebat iaitu  Alexis Sanchez, namun hanya berjaya menjaringkan satu gol sepanjang musim ini.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa Manchester United kini berada dalam keadaan yang menyedihkan:

# 1 Kekurangan kestabilan dalam bahagian pengurusan

Manchester United gagal mencari pengganti yang sesuai untuk Alex Ferguson.  David Moyes dan Louis van Gaal gagal membuat sebarang kesan yang diharapkan dan meninggalkan kelab selepas beberapa musim yang menyedihkan. Keputusan pengurusan United untuk mengambil Jose Mourinho pada awalnya membayangkan sesuatu harapan yang menarik untuk kembali selaku gergasi Liga Inggeris, sebagai ‘The Special One’ yang telah memiliki banyak kejayaan di kelab-kelabnya yang terdahulu, termasuk saingan tetangga Inggeris iaitu Chelsea.

Kejayaan Mourinho memimpin United memenangi piala Liga Europa, EFL Cup dan Community Shield seolah-olah petanda kebangkitan mereka semula. Walaupun dia menghabiskan banyak wang untuk membawa masuk pemain-pemain yang dia ingini, akan tetapi dia tetap tidak berjaya mendapatkan hasil yang terbaik daripada pasukannya. Kritikannya terhadap skuad United, dengan hubungan tidak baik dengan Pogba dan Luke Shaw, krisis dengan lembaga pengurusan dan akhirnya dia ditunjukkan jalan keluar dari United pada bulan November 2018.

United mengambil keputusan untuk melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus interim, dan memulakan kariernya dengan cemerlang tetapi hanya dalam tempoh bulan madu. Ramai yang berpendapat keputusan melantik Solksjaer sebagai pengurus tetap terlalu awal adalah kesilapan yang paling besar dan sepatutnya tawaran tersebut hanya diberikan sekiranya Manchester United mengakhiri musim di kedudukan 4 teratas, bukannya ke-6 dan dalam masa yang sama mencatat rekod jaringan yang sangat rendah iaitu 54 gol.

Manchester United perlu mendapatkan pengurus kelas dunia yang bukan sahaja dapat bekerja dengan pemain yang ada tetapi juga dapat menarik pemain kelas dunia untuk datang dan bermain untuk mereka. Lihat sahaja sejauh mana Liverpool, Tottenham dan Bournemouth telah berkembang di bawah pengurus masing-masing.

# 2 Kurang dari sudut kepimpinan

Bagi mana-mana pasukan untuk berjaya, mereka perlu mempunyai pemain yang memiliki kepimpinan yang hebat. Orang itu harus menjadi orang yang dihormati di seluruh skuad keseluruhan, termasuk pengurus dan kakitangan, dan perlu dikhususkan untuk kelab. Jika kita melihat skuad semasa era Ferguson, kita dapat melihat banyak pemimpin seperti Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic.

Apabila membandingkannya dengan skuad musim ini, tiada pemimpin yang boleh dikenalpasti dalam pasukan. Walaupun Ashley Young mungkin satu-satunya calon yang ada, dia perlu mempunyai konsistensi sepanjang musim, yang pastinya Young tidak memiliki ciri-ciri tersebut.

Pogba mungkin dianggap sebagai calon yang agak sesuai, namun dengan pemain ini sentiasa dipalit dengan pelbagai krisis dengan pengurus dan rakan sepasukan, pasti menjadikan situasi semakin sulit jika pemain seperti ini diberikan tugas sebagai pemimpin pasukan.

# 3 Pengurusan kontrak pemain yang tidak sistematik

Salah satu masalah terbesar United pada tahun-tahun kebelakangan ini adalah kontrak yang mereka berikan kepada pemain, atau lebih penting lagi, kontrak yang mereka belum berikan kepada pemain. Ferguson sangat berhati-hati dalam perkara ini. Dia telah memikirkan skuad yang diinginkannya dan pandangannya jauh ke hadapan. Walaupun pemain yang dikehendakinya ditawarkan sambungan kontrak, namun kebanyakannya bukan dalam jangka yang panjang. Sebagai contoh, Ryan Giggs menandatangani lanjutan kontrak selama 1 tahun di United pada tahun 2009, ketika berusia 35 tahun.

Beberapa kesilapan ketara dapat dilihat sejak itu, dan United telah dikritik dalam cara mereka menguruskan sambungan kontrak pemain. Sepanjang tahun lepas, Ashley Young, Chris Smalling dan Phil Jones semuanya telah diberikan kontrak jangka panjang, walaupun mereka mempunyai musim yang sangat tidak konsisten dan bergelut dengan prestasi mereka dalam sebahagian besar kempen.

Sebaliknya, terdapat pemain seperti David de Gea, Juan Mata, dan Ander Herrera, yang layak melanjutkan kontrak tetapi sebaliknya dibiarkan sahaja kontrak mereka berlalu menuju penghujung. De Gea, yang dikatakan pemain terbaik Manchester United sejak beberapa tahun lalu, masih gagal diberi kontrak baru yang setimpal dengan prestasinya. Dia telah menjadi penjaga gawang bertaraf dunia untuk United dan telah menjadi penyelamat terbesar mereka dalam kempen United sejak berakhirnya era Ferguson. Bahkan ramai pemerhati bolasepak berpendapat sekiranya tiada De Gea, keadaan United pastinya lebih parah dan teruk. Membiarkan salah satu penjaga gol terbaik dunia berjalan dengan potensi perpindahan percuma adalah salah satu kesilapan terbesar Manchester United. Alexis Sanchez yang menerima gaji yang paling tinggi di United iaitu sebanyak £400,000 seminggu, semestinya menimbulkan suasana yang tidak baik di kalangan pemain kerana jumlah tersebut sangat besar jika dibandingkan dengan prestasi dan sumbangannya kepada kelab.

Melihat semua perkara di atas, Manchester United perlu sekurang-kurangnya membawa masuk dua pemain yang berkualiti pada tingkap perpindahan musim panas ini dan perlu berada di bawah pengurus berkelas dunia jika mereka benar-benar ingin membina kekuatan sebuah pasukan yang digeruni. Sekiranya itu tidak dapat dilakukan, kemungkinan besar United akan akhirnya akan terus menjunam dari kedudukan ke- 6 pada musim ini.

Categories
Bola Sepak

Berita Barcelona: ‘Saya gembira Barca tersingkir daripada Liga Juara-Juara kerana Suarez’, kata bekas bek Chelsea

Bekas pemain pertahanan Chelsea Frank Leboeuf mendedahkan bahawa dia gembira Barcelona telah tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara kerana sikap tidak profesional yang ditunjukkan Luis Suarez.

Suarez tidak menerima sambutan yang dia harapkan apabila kembali ke Anfield untuk perlawanan kedua perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara antara Barcelona dan Liverpool.

Pemain Uruguay itu diejek oleh peminat tuan rumah apabila gergasi Catalan mensia-siakan kelebihan tiga gol yang mereka miliki untuk memberikan laluan dan peluang  kepada Liverpool untuk memenangi Liga Juara-Juara pada tahun ini. Dia juga dikritik kerana cara bermain permainannya.

Penyerang berusia 32 tahun itu juga menerima kritikan hebat semasa perlawanan pertama setelah dia meraikan gol yang dicetaknya melawan Reds. Sekumpulan peminat dan pakar menggelarkan cara dia meraikan gol sebagai “tidak menghormati” bekas kelabnya dan penyokongnya.

Leboeuf mengakui bahawa kebenciannya terhadap pemain seperti Suarez bertukar gembira apabila Barca tersingkir daripada Liga Juara-Juara , ​​dia memberitahu RMC Sport (melalui AS), “Saya mengagumi Barcelona, ​​tetapi saya gembira mereka tersingkir kerana Luis Suárez.”

“Saya tidak menghormati pemain seperti dia, dia pemain yang hebat, tapi dia tiada semangat kesetiakawanan dan selalu menjerit melakukan provokasi, saya benci dengan cara dia bermain.”

“Jika saya masih pemain, saya tidak fikir saya akan melakukannya melalui perlawanan penuh [terhadap Suárez], dan saya fikir saya akan melakukan segala-galanya untuk memastikan dia tidak bermain dengan baik, tidak sama sekali . “

Pemenang Piala Dunia terus menggelar Suarez sebagai “contoh yang buruk” kepada pemain-pemain muda. “Dia contoh yang buruk kepada pemain-pemain muda, saya tidak boleh melihat pemain seperti itu di padang.”

Aksi Suarez pada musim ini telah berakhir selepas dia menjalani pembedahan lutut baru-baru ini. Sementara itu, Barcelona, ​​yang telah memenangi La Liga, akan cuba memburu satu lagi trofi lain apabila mereka menghadapi Valencia di final Copa del Rey akhir bulan ini.

Categories
Bola Sepak

Liga Juara-Juara: Barcelona tersingkir selepas kekalahan memalukan di Anfield

Liverpool mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas mempamerkan satu kebangkitan paling luar biasa dalam sejarah Eropah dengan kemenangan agregat 4-3 ke atas juara La Liga Barcelona pada perlawanan kedua dalam perlawanan separuh akhir mereka pada pagi Rabu.

Gergasi Sepanyol tersebut masuk ke dalam permainan sebagai pasukan pilihan yang yang akan mara kerana kelebihan tiga gol yang mereka perolehi dari perlawanan pembukaan di Camp Nou.

Divock Origi membuka jaringan untuk Reds pada babak pertama. Barcelona tidak dapat memanfaatkan peluang yang dicipta mereka pada awal ekoran persembahan cemerlang oleh Alisson menyelamatkan percubaanpercubaan berbahaya, meninggalkan mereka ketinggalan 1-0 pada waktu rehat.

Percaturan Klopp yang mengantikan Robertson dengan Wijnaldum untuk menambah sengat di bahagian serangan  ternyata membuahkan hasil apabila pemain gantian tersebut mengejutkan Barcelona menjaringkan gol yang sangat penting dalam masa dua minit untuk menyamakan agregat. Ini tidak lama kemudian diikuti oleh gol kedua Origi hasil daripada set-pis sepakan penjuru yang sangat bijak diambil oleh Trent yang sekaligus meranapkan impian Barcelona untuk merangkul piala Liga Juara-Juara pada musim ini.

Kapten Blaugrana, Lionel Messi, yang telah menjaringkan 48 gol dalam semua pertandingan musim ini, berjaya disekat dan dikekang sepenuhnya oleh pertahanan Liverpool, yang memainkan peranan yang sangat berbeza dengan aksi luar biasanya di Camp Nou.

Setelah memimpin Barcelona untuk merangkul gelaran La Liga, pemain Argentina itu, yang telah berjaya dalam saingan musim ini, berharap dapat membantu kelab itu menjadi treble bersejarah dengan trofi Liga Juara-Juara dan  Copa del Rey.

Sementara itu, Liverpool kembali di final Liga Juara-Juara pada musim kedua berturut-turut, setelah percubaan di final Eropa di Kiev musim lalu menemui kegagalan. Berbeza dengan tahun lalu, kali ini mereka tampil dengan pemain dan taktikal yang lebih lengkap dan solid. Mereka akan menghadapi sama ada Tottenham Hotspur atau Ajax bergantung siapa yang akan memenangi perlawanan pada esok malam.

Dengan perlumbaan gelaran Liga Perdana menentang Manchester City yang masih berlangsung, harapan Reds menamatkan penantian mereka untuk merangkul piala kembali bersinar.

Liverpool kini akan mengalihkan perhatian mereka ke perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu menentang Wolverhampton Wanderers pada hari Ahad.

Categories
Bola Sepak

Red Devil belum mampu untuk mencabar kejuaraan pada musim depan – Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer berkata, Manchester United akan menghadapi kesukaran untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana musim depan, apatah lagi mencabar kejuaraan, walaupun pengurus Red Devils yakin dia akan diberikan masa untuk memimpin kelab itu kembali ke puncak.

United belum memenangi Liga Perdana sejak kempen terakhir Alex Ferguson pada 2012-13 apabila kelab Manchester merosot di kedudukan keenam musim ini, 29 mata dipisahkan dengan pasukan di puncak liga, Liverpool ketika saingan masih berbaki dua perlawanan.

Solskjaer telah dilantik sebagai pengurus pada bulan Mac, kerana prestasi mengagumkan ditunjukkan olehnya sepanjang menjalankan tugas sebagai pengurus interim selepas pemecatan Disember lalu Jose Mourinho, tetapi United hanya memenangi dua daripada 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Dan Solskjaer tidak fikir United akan mencabar untuk kejuaraan pada musim akan datang, dengan prestasi yang diperlihatkan oleh 6 pasukan utama di Liga Inggeris ketika ini sukar untuk disaingi dan United memerlukan masa untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan mereka dan sudah tentu untuk mensasarkan menjadi juara pada musim hadapan adalah sesuatu yang tidak realistik.

“Saya mengadakan pertemuan rutin dengan Ed [Woodward, naib pengerusi eksekutif], saya telah melihat Joel [Glazer, pengerusi bersama] dan pemilik [yang lain]: mereka sangat realistik di mana kita berada dan apa yang kita mahu dapatkan dan berapa lama yang akan diambil, “kata Solskjaer.

“Ia tidak realistik,” kata Solskjaer ketika ditanya sama ada United boleh mencabar musim depan. “Sudah tentu saya optimis tetapi saya tidak fikir itu realistik, kerana kedua-dua pasukan – City dan Liverpool kini berada di puncak prestasi dan sesuatu yang sukar untuk menyaingi mereka dalam masa yang singkat.

“Kami perlu memastikan bahawa kami semakin dekat dan bergerak seperti itu di atas meja dan tidak menoleh ke atas bahu kerana terdapat kelab besar, kelab baik yang ingin mengejar kejuaraan teratas itu.

“Anda mempunyai Leicester [City], Everton, Watford, mungkin Newcastle [United], anda mempunyai kelab yang ingin mengejar kami. Kami perlu memastikan bahawa kami adalah orang yang mengejar orang-orang di hadapan kami.”

Kami perlu mencari cara bermain – apa yang terbaik? Gaya di sini menyerang dengan cepat, bermain ke hadapan, berlari ke hadapan, mengejar ke belakang, memenangi bola kembali, saya suka pergi ke mana kami mempunyai satu set sistem tetapi ia tidak berfungsi seperti itu [setakat ini].

“Anda melihat pasukan yang mendapat dua atau tiga tahun bersama-sama, mereka saling mengenali, mereka tahu hubungan itu. Sebagai pengurus bola sepak atau jurulatih, anda tahu lebih banyak masa anda dapat bekerja dengan lebih baik, kerana anda ‘adalah satu langkah ke depan sepanjang masa dan bukannya kita bertindak balas terlalu banyak kepada pengkritik. Kami mahu membentuk dan mematikan bola yang kami selesaikan. “

United berada di tangga keenam menjelang aksi perlawanan menentang pasukan yang telah sah akan turun liga pada musim hadapan- Huddersfield Town – tiga mata di belakang pasukan yang menghuni tempat keempat – Chelsea, yang menduduki tempat terakhir slot untuk Liga Juara-juara.

Seperti yang dilihat United untuk membaik pulih skuad mereka, kemungkinan musim tanpa bolasepak Liga Juara-juara pada musim depan tidak membimbangkan Solskjaer.

“Saya tahu Manchester United adalah satu pasukan yang pemain akan suka menimba pengalaman,” katanya. “Manchester United akan selalu menjadi impian bagi banyak orang. Mungkin ada pemain di mana bola sepak Liga Juara-Juara [hanya] penting bagi mereka, dan mereka mungkin bukan orang yang tepat

“Kami perlu mendapatkannya tepat di padang dengan pemain yang kami miliki, bukan hanya tentang pemain yang menandatangani pemain ini, kerana kami yakin ada yang berpotensi di sini, kerana kami mempunyai banyak pemain yang baik di sini, dan itulah tugas saya, pada masa ini, saya bertanggungjawab untuk membaikpulih pasukan, dan saya juga adalah orang yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku. “

Categories
Bola Sepak

Firmino akan terlepas aksi menentang Barcelona di Anfield

Penyerang Liverpool, Roberto Firmino akan terlepas perlawanan kedua Liga Juara-Juara menentang Barcelona pada hari Selasa akibat kecederaan otot.

Firmino diturunkan di akhir minit permainan ketika The Reds mengalami kekalahan 3-0 pasukannya di Camp Nou pada perlawanan pertama tetapi terpaksa disisihkan oleh skuad dalam aksi kemenangan ke atas Newcastle United pada malam Sabtu.

Pemain antarabangsa Brazil itu mungkin terlepas sepanjang musim ini selepas pengurus Jurgen Klopp memutuskan status pemain utamanya itu menjelang pertemuan dengan Barca di Anfield.

Dia tidak akan bersedia untuk hari Selasa dan selebihnya yang akan kita lihat,” kata jurulatih berbangsa Jerman itu selepas menyaksikan pasukannya kembali ke puncak liga.

Ketiadaan Firmino adalah tamparan kepada Liverpool, yang melihat Mohamed Salah mengalami kecederaan kepala semasa kemenangan 3-2 penting mereka di St James ‘Park.

Pemain berusia 27 tahun tersebut telah menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan musim ini, termasuk empat di Liga Juara-Juara.

Dengan peluang mereka untuk mara ke pentas akhir di Eropah kelihatan agak tipis, Klopp hanya perlu menang dalam satu perlawanan yang tersisa selepas pertemuan dengan Barca  – melayan kunjungan Wolves pada hari ketika gelaran Liga Perdana akan diputuskan dan dalam masa yang sama mengharapkan City akan tercicir mata.

Categories
Bola Sepak

Gol jaringan Origi seperti kisah dongeng – Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan jaringan lewat Divock Origi untuk pasukan The Reds ibarat sebuah dongeng selepas kemenangan dramatik terhadap Newcastle United.

Origi menjaringkan gol pada minit ke-86 untuk memberi Liverpool kemenangan 3-2 pada hari Sabtu dan melihat mereka kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Setelah memiliki sedikit peluang pada musim ini, Origi masih menjaringkan tiga gol dalam liga – gol terakhirnya sebelum ini adalah pada minit ke-96, dijaringkan ketika menentang Everton di derby Merseyside pada bulan Disember.

Origi menjaringkan gol melalui tandukan yang menarik hasil daripada sepakan percuma yang diambil oleh seorang lagi pemain yang jarang diturunkan – Xherdan Shaqiri – dan Klopp sangat teruja dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain ini.

“Jadi penting, apa yang boleh saya katakan? Ia hanya cemerlang, ia seperti dongeng,” katanya pada sidang akhbar.

“Anda boleh mengatakan apa sahaja yang anda mahukan mengenai saya – mereka tidak sering bermain, Shaqiri tidak cukup kerap membuat keputusan ini.

“Ia hebat kerana mereka melakukannya, saya suka. Itu benar-benar masa yang hebat.”

Perlumbaan gelaran Liga Perdana akan diteruskna dan juara hanya akan dapat ditentukan pada aksi terakhir musim ini selepas Liverpool melonjak dua mata di atas Manchester City, yang akan menjadi tuan rumah kepada Leicester City pada hari Isnin.

Liverpool akan menjadi tuan rumah Wolves pada aksi terakhir sementara Manchester City akan bertandang ke Brighton Hove Albion.

Categories
Bola Sepak

Liga Juara-Juara: 3 sebab mengapa Liverpool boleh menewaskan Barcelona dalam separuh akhir

Selepas kemenangan 4-1 ke atas FC Porto di Portugal, Liverpool akan menghadapi pasukan yang dianggap sebagai pilihan untuk menjuarai Liga Juara-juara musim ini, FC Barcelona pada aksi separuh akhir dua minggu yang akan datang. Tetapi Liverpool tidak seharusnya dipandang rendah kerana mereka telah menjadi kuasa besar Eropah di bawah Jurgen Klopp dan mereka tidak boleh dianggap bukan pasukan pilihan untuk pertemuan ini kerana seandainya mereka membawa perlawanan ‘A’ mereka melawan Barcelona pastinya juara Spain ini juga ada kemungkinan akan tersingkir.

Barcelona di sebaliknya, mempunyai musim yang cukup mudah kerana kedua-dua pesaing domestik mereka, Real Madrid dan Atletico Madrid dalam prestasi yang agak menurun pada musim ini. Dan satu-satunya cabaran yang dihadapi Barca yang dihadapi dalam Liga Juara-Juara ialah Manchester United, tetapi Lionel Messi mempunyai rencana lain untuk menentang pasukan gergasi Inggeris.

Jika diperhatikan, kita harus mengakui bahawa Liverpool dan Barcelona adalah dua pasukan terbaik di Eropah musim ini, dan ini menjadikan pertembungan ini sangat menarik. Dilihat ada 3 sebab mengapa Liverpool boleh mengalahkan Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.

# 3 FC Barcelona  kurang semangat berpasukan

Dalam kedua-dua perlawanan menentang Manchester United, jelas FC Barcelona bukan pasukan terbaik dengan kesempurnaan di setiap sudut lapangan.

Barca menghadapi masalah pertahanan serius kerana Clement Lenglet tidak pernah menjadi yang terbaik sejak beberapa minggu lalu dan terus memperlihatkan kelemahannya terhadap lawan. Sementara itu, Gerard Pique mungkin masih berada di puncak prestasi, tetapi dia sudah tua dan belum pernah diuji dengan serangan yang berbahaya di setiap sudut. Barisan tengah Barcelona juga dilihat agak kurang meyakinkan sejak kebelakangan ini.

Manakala di sudut yang lain pula, Liverpool mungkin sangat baik di semua sudut, dengan memiliki salah satu pemain pertahanan terbaik di dunia, pemain tengah yang tenang yang dapat mengkucar-kacirkan pihak lawan dengan assist yang pelbagai, dan barisan depan yang tidak dinafikan sangat berbahaya.

Tetapi satu-satunya ancaman paling bahaya dimiliki oleh Barcelona adalah Messi, dengan pemain Argentina itu dalam prestasi yang sangat baik pada musim ini dan tidak pernah mengecewakan pasukannya dalam perlawanan-perlawanan penting. Sekiranya Liverpool berjaya meneutralkan dan menyekat Messi, mereka mempunyai peluang yang sangat baik untuk mengalahkan Barcelona.

# 2 Peningkatan prestasi Liverpool dalam tempoh 24 bulan yang lalu

Adalah adil untuk mengatakan bahawa walaupun tidak memenangi apa-apa di bawah Klopp, tidak disangka-sangka Liverpool telah mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang pasukan Real Madrid pada musim lalu dan sedang mencabar Manchester City untuk gelaran Liga Perdana dalam kempen ini. Liverpool telah menjadi salah satu pasukan paling ditakuti di Eropah sejak 24 bulan lalu.

The Reds mempunyai musim yang menakjubkan dengan keyakinan mereka pada setiap masa yang tinggi dan mereka boleh mengakhiri musim dengan memiliki dua gelaran iaitu Liga Perdana dan Liga Juara-Juara. Liverpool, yang telah membuktikan kehebatannya menentang pasukan gergasi Eropah seperti Napoli, Paris Saint-Germain dan Bayern Munich pada musim ini, kini berada di puncak Liga Perdana.

Sekiranya Liverpool berjaya bermain dengan baik tanpa tekanan, Barcelona mungkin kelihatan lemah terhadap Merseysiders.

#1 Virgil van Dijk

Pemain pertahanan tengah itu kelihatan sukar dikalahkan musim ini dan telah menunjukkan beberapa persembahan yang luar biasa untuk The Reds. Dia adalah salah seorang pesaing utama untuk anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana pada tahun ini.

Tidak pernah ada perlawanan  Van Dijk menentang skuad Barcelona dan Messi bersama pasukannya perlu bermain lebih baik daripada yang mereka lakukan melawan United untuk melepasi pertahanan Liverpool, yang dipimpin oleh pemain Belanda ini. Malah pertembungan Messi dengan Van Dijk pasti akan membuat penyokong bola sepak seluruh dunia ternanti-nanti.

Selain memberikan kestabilan kepada pertahanan Reds, Van Dijk juga menjadi ancaman di kawasan yang pertahanan lawan, terutama dalam situasi bola mati, yang telah dibuktikan ketika melawan Porto pada pagi Khamis.

Categories
Bola Sepak

Kloop Teruja Pasukannya Akan Menghadapi Cabaran Messi

Lionel Messi mempunyai satu lagi musim yang cemerlang bersama untuk Barcelona, ​​dengan pemain Argentina itu menjaringkan gol yang sangat penting menentang Manchester United pada pagi Rabu untuk melayakkan Blaugrana ke separuh akhir Liga Juara-Juara, di mana mereka bersedia menghadapi pemimpin Liga Perdana ketika ini, Liverpool.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp akan berdepan cabaran untuk bermain menentang kemungkinan pasukan yang memiliki pemain paling hebat pada masa ini dan semestinya Liverpool perlu mempunyai rancangan permainan yang teliti untuk mengekang pemain yang digelar ‘Mesiah’.

Messi berada di kelas yang tersendiri sebagai pemain, dan ketika ini memimpin carta penjaring gol dalam kedua-dua Liga Juara-Juara dan La Liga. Messi juga telah menjaringkan 45 gol yang luar biasa musim ini dan telah melakukan 15 assist ketika Barcelona dalam pemburuan untuk mendapatkan gelaran trebel.

Dia berada di kedudukan teratas dalam senarai anugerah Kasut Emas Eropah dengan 33 gol liga. Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain berada dalam senarai kedua dengan 27 gol untuk namanya di Ligue 1.

Sebaliknya, Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp mempunyai musim yang sensasi, yang muncul sebagai pesaing sebenar untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan melepasi semifinal Liga Juara-Juara UEFA dengan kemenangan agregat yang besar 6-1 ke atas gergasi Portugal FC Porto.

Ditanya bagaimana para Merseysiders akan menghadapi ancaman dari Messi, Jurgen Klopp memberikan beberapa jawaban yang jelas dan spontan :

“Terima kasih Tuhan, saya tidak perlu berfikir tentang malam ini,” nada gurauan Kloop ketika ditanya mengenai cabaran menghadapi pemain sensasi Argentina. Kami masih akan mencubanya. Kami tidak sabar-sabar untuk melakukannya, tetapi kami mempunyai begitu banyak pekerjaan yang perlu dilakukan sebelum kita bertemu Barcelona, ​​jadi mari kita hadapi dahulu permainan ini dan kemudian mempersiapkan diri untuk Barcelona dan kemudian kita akan melihat “

Sebagai pengurus, Klopp tidak pernah bermain menentang Barcelona dalam pertandingan yang kompetitif dan pengurus bekas Borussia Dortmund kedengaran yakin tentang peluangnya.

“‘Saya tidak pernah menentang Barcelona dalam perlawanan yang sebenar, jadi kali pertama saya di sana, saya tidak sabar untuk melakukannya”

Liverpool, yang menempah tempat di separuh akhir Liga Juara-juara dengan mengalahkan Porto 6-1 secara agregat, akan menghadapi Barcelona pada hujung bulan ini untuk perlawanan pertama sebelum melayan kunjungan Barca ke Anfield pada awal Mei.