Real Madrid dikejutkan oleh oleh Ajax di Santiago Bernabeu dengan pasukan dari Belanda meraih kemenangan yang tidak diduga 4-1. Kemenangan itu membawa Ajax layak ke suku akhir secara agregat sementara Real Madrid terus dipalit duka apabila mereka tewas di waktu masih belum pulih daripada kekalahan kepada Barcelona sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu .
Ajax menggegarkan gawang di awal permainan dan menjaringkan gol pada malam itu menerusi Hakim Ziyech pada minit ke-7. Sebelas minit kemudian, para pelawat menggandakan kelebihan mereka dengan jaringan cantik oleh David Neres.
Real Madrid ketinggalan satu gol secara agregat pada separuh masa pertama dan cuba menyerang balas untuk mendapatkan gol pada awal babak kedua. Bagaimanapun, Ajax dengan tenang terus bermain baik dan terus berkedudukan selesa apabila Dusan Tadic menambah jaringan melalui sepakan dari luar kotak penalti yang menerjah jaring Real buat kali ketiga.
Marco Asensio menjaringkan gol untuk tuan rumah tetapi pasukan lawannya bertindak balas dengan serta-merta apabila Lasse Schone melengkapkan sepakan percuma yang cantik menewaskan Thibaut Courtois .
Kekalahan dalam babak pusingan 16 memberikan banyak kesengsaraan kepada pasukan Los Blancos dengan Madrid kini dalam risiko bahaya mengakhiri musim 2018-19 dengan tangan kosong.
Berikut adalah tiga alasan yang menyebabkan kekalahan Real Madrid:
#3 Kerapuhan Benteng Real Terjadi Lagi
Eksploitasi Real Madrid selama bertahun-tahun telah terbina dengan pertahanan yang kukuh. Kestabilan di bahagian belakang membolehkan pemain bintang mereka di barisan depan mudah menjalankan tugas untuk mencetak gol. Walau bagaimanapun, dalam keadaan semasa, mereka telah gagal untuk bertahan dengan baik dan ia ternyata memberi kelebihan kepada Ajax.
Pasukan Belanda itu memusnahkan Los Blancos di halaman mereka dan seolah-olah mempertikaikan adakah itu prestasi yang wajar buat juara bertahan Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut.
Jurang di kelas itu agak mengejutkan kerana pertahanan Real Madrid selalu ketinggalan di belakang pasukan Belanda tersebut. Pemain-pemain seperti Nacho dan Raphael Varane tidak dapat mengekang barisan depan Ajax dan prestasi mereka terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi.
Selain itu, Dani Carvajal dan Sergio Reguilon mempunyai hari yang buruk di lapangan kerana pasangan itu bergelut dengan kelincahan Ziyech dan Neres.
Pada banyak kesempatan musim ini, Real Madrid telah bertanding dalam pertahanan ketiga. Namun, ramai yang tidak menyangka bahawa mereka akan dikalahkan dengan mudah oleh mana-mana pasukan, apalagi Ajax.
Walaupun umum mengetahui bahawa Los Blancos berada lebih tinggi daripada pasukan Belanda itu, realiti yang sukar diterima adalah bahawa barisan pertahanan mereka sangat buruk dalam pertembungan menentang Ajax. Dengan pantas, mereka ditunjukkan jalan keluar.
# 2 Barisan Tengah Yang Tidak Berfungsi
Di atas kertas, Real Madrid memiliki salah satu trio barisan tengah terbaik di dunia. The Brain Casemiro ditambah dengan kreativiti Toni Kroos dan Luka Modric seharusnya membuatkan mereka satu team yang mempunyai taktikal yang sukar untuk ditangani. Namun, menentang Ajax, trio hebat itu seolah-olah ditinggalkan oleh bayang-bayang.
Frenkie de Jong dan Schone menyerlah dengan permainan yang begitu berkesan pada separuh pertama. Tambahan pula, Donny van de Beek yang agak deep sentiasa memberi masalah di kawasan tengah tuan rumah.
Walaupun kedua-dua Modric, Kross atau Casemiro menepati piawaian mereka, namun tidak untuk perlawanan ini. Banyak kali pemain tengah Real seolah-olah hilang punca dan membuat hantaran-hantaran yang meliar serta tidak tepat.
Selain itu, pasukan lawan sentiasa mengancam kawasan rumah dengan larian-larian berbahaya pemain tengah mereka.
Walaupun satu kesimpulan boleh dibuat bahawa Ajax secara eksponen telah melebihi jangkaan mereka, peminat sudah tentu tidak boleh menerima hakikat bahawa Los Blancos tidak dapat melakukan apa-apa di halaman sendiri.
Ianya boleh dikatakan bahawa permainan bola sepak dimenangi atau kalah bergantung di bahagian tengah. Dan melalui permainan ini , Real Madrid telah kehilangan fungsi di bahagian yang sangat penting untuk tewas.
# 1 Dusan Tadic
Pemain Serbia ini telah menjadi teka-teki selama bertahun-tahun. Setelah mengukuhkan kedudukannya dengan FC Twente, dia berkembang sebagai pemain yang dan berakhir di Southampton. Di pantai selatan, dia mempamerkan geniusnya pada sesetengah ketika tetapi tidak melakukan keadilan untuk bakatnya yang luas. Walau bagaimanapun, sejak berpindah ke Belanda dengan Ajax, dia telah menjadi seorang pemain yang begitu berkualiti.
Pada pertembungan second leg ini, Dusan Tadic menghasilkan salah satu persembahan terbaik di Santiago Bernabeu dekad ini. Pemain Serbia itu diamanahkan bermain sebagai false nine dan dia memainkan peranannya dengan penuh efektif.
Di bahagian depan di kerapkali menyeret pertahanan Real Madrid ke kawasan-kawasan yang tidak selesa dengan kecenderungannya jatuh ke line tengah menyebabkan mereka berhempas pulas. Kepakarannya bekerjasama dengan rakan sepasukannya dan meletakkan dua assist. Walaupun yang pertama agak lurus ke hadapan, yang kedua memecah kelas dan keyakinan dalam ukuran yang sama.
Pemain Serbia ini menempatkan dirinya berada di tempat yang mengganggu di tengah-tengah. Tetapi, tiba-tiba dia pergi ke belakang, dia memegang bola, mengkucar-kacirkan kubu dan memainkan peranan sempurna untuk Neres.
Jelas daripada persembahannya dengan matlamat yang tinggi untuk menghukum pasukan lawan. Setelah mendapat peluang ruang di pinggir kotak, dia memotong di dalam dengan teliti dan memecahkan tembakan ke sudut atas pintu.
Pada tahun-tahun yang lalu, tidak banyak pemain yang datang ke Bernabeu dan memapamerkan keluarbiasaan mereka. (sepakan Lionel Messi dan Ronaldinho)
Namun, Tadic tiba di ibu kota Sepanyol pada hari Selasa, meraih kemenangan untuk Ajax dan seterunya mereka layak ke suku akhir UCL.