Bola Sepak

Carabao Cup : Henderson Perlukan Restu United Untuk Beraksi Di Semi Final

Nottingham Forest menewaskan Wolverhampton Wanderers 4-3 menerusi penentuan penalti dalam aksi Carabao Cup untuk mara ke separuh akhir saingan piala domestik kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Penjaga gol Forest yang dipinjam dari Manchester United, Dean Henderson menyelamatkan sepakan penalti terakhir Wolves yang diambil oleh Joe Hodge selepas perlawanan berakhir 1-1 dalam tempoh 90 minit untuk membawa pasukannya mara ke separuh akhir pertama sejak mereka mara ke final Piala Liga 1992.

Bagaimanapun, selepas menjadi wira, Henderson kini balal terlepas dalam aksi seterusnya selepas Forest diundi menentang Manchester United pada pusingan seterusnya.

Pemain berusia 25 tahun itu dipinjamkan selama semusim daripada Red Devils di City Ground dan dijangka tidak akan bermain menentang kelab induknya.

Apabila kelab-kelab itu berdepan antara satu sama lain dalam Liga Perdana pada Disember, Henderson berada di tepi padang ketika Wayne Hennessey mengambil tempat di gawang.

Sebelum itu, Willy Boly meletakkan Forest di depan selepas 18 minit permainan menerusi tolakan jarak dekat susulan percubaan Serge Aurier terkena tiang terlebih dahulu.

Henderson beraksi cemerlang dalam menyelamatkan gawang Forest terutamanya ketika menafikan rembatan jarak dekat Raul Jimenez dan Hwang Hee-chan sebelum rehat.

Wolves akhirnya mendapat gol penyamaan pada babak kedua apabila Jimenez mudah menolak bola masuk hasil hantaran baik daripada pemain gantian Matheus Cunha.

 

Walaupun menguasai 66% perlawanan, skuad bimbingan Julen Lopetegui gagal mendapatkan kemenangan dalam tempoh 90 minit.

Forest bakal berdepa ย Manchester United pada separuh akhir manakala satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Southampton akan menentang Newcastle United pada 24 Januari.

Leave a Comment