Categories
Bola Sepak

Klopp : Kecederaan Dan ‘Kurang Bernasib Baik’ Adalah Masalah Utama Liverpool

Jurgen Klopp menyatakan langkah Liverpool musim ini telah terbantut akibat kecederaan pada masa-masa genting ketika mereka dalam persiapan untuk menentang Ajax dalam Liga Juara-Juara pada hari Rabu.

Hala tuju Liverpool nampaknya telah tersasar dari landasan selepas menang 1-0 menentang Manchester City dan West Ham, namun secara tiba-tiba mengalami kekalahan dengan jaringan yang sama di tempat lawan kepada pasukan di tangga tercorot, Nottingham Forest hujung minggu lalu, meninggalkan mereka di tangga kelapan dalam carta Liga Perdana.

The Reds mempunyai beberapa pemain yang tidak tersedia dan ketika Darwin Nunez dan Ibrahima Konate boleh kembali daripada kecederaan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Rabu di Ajax, Thiago Alcantara, Joel Matip, Luis Diaz dan Diogo Jota kekal diketepikan.

Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain tidak boleh diturunkan kerana tidak tersenarai dalam skuad The Reds untuk peringkat kumpulan Liga Juara-juara.

Jurgen Klopp – yang pasukannya akan mengesahkan kelayakan 16 terakhir jika mereka mengelak kekalahan di Arena Johan Cruyff – memberi kenyataan pada sidang media: “Ia bermula dengan kecederaan kemudian masalahnya ialah pemain yang tidak mengalami kecederaan perlu bermain terlalu kerap dan kemudian pemain yang mengalami kecederaan, mereka kembali dan bermain terlalu awal dengan kerap, begitulah keadaannya.”

“Dan kemudian mereka kembali dan bermain dan kemudian mereka mempunyai satu lagi [mungkin] bukan kecederaan tetapi ‘perkara lain’ dan kemudian jabatan perubatan mengatakan mereka tidak boleh bermain lebih daripada 20 minit, mereka tidak sepatutnya melakukan ini dan mereka tidak sepatutnya melakukan itu, dan perkara-perkara seperti ini, dan begitulah cara anda menghadapi perlawanan Liga Perdana dengan pisau di antara gigi anda.”

“Jadi ia rumit, dan jelas sekali, situasi itu tidak dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Ya pemain akan kembali Ibou (Konate) – Naby, Oxlade-Chamberlain mereka perlu berlatih. Kami rasa mereka akan berehat lebih lama, tetapi kini mereka kembali yang bagus, bukan kembali bermain, tetapi kembali untuk berada di sekeliling dan bermain beberapa minit.”

Curtis Jones terpaksa turun beraksi menentang Forest dalam peranan yang tidak dikenali di bahagian tengah, berikutan Thiago Alcantara yang terpaksa diketepikan di saat akhir kerana mengalami masalah telinga.

Klopp menambah: “Curtis kini kembali, dan beberapa yang lain kembali dan itu semua membantu. Sekali lagi, tiada aduan, tiada rintihan, tiada apa-apa, ia hanyalah situasi. Dan situasi sebelum Nottingham benar-benar pelik – anda perlu bermain sebagai pemain, yang tidak bermain untuk masa yang lama iaitu Curtis Jones, dan dia bermain dengan sangat baik, dalam posisi yang dia tidak pernah bermain kerana pada waktu malam sesuatu berlaku dan perkara-perkara seperti ini.”

“Kami akan lihat apa yang boleh kami lakukan esok. Saya benar-benar menantikan perlawanan itu, saya benar-benar positif, ia adalah Liga Juara-Juara, ia adalah perlawanan yang besar, ia adalah satu perlawanan yang hebat, semuanya bagus. Kami mempunyai cukup pemain di sini jadi kami akan membuat percubaan yang tepat.”

“Tetapi adakah kita mengubahnya [sudut?]. Kami bermain dengan sangat baik beberapa kali, tetapi bukan seperti kami tanpa masalah untuk perlawanan ini.”

“Kami bermain permainan yang baik dan kemudian kami kehilangan dua pemain selepas perlawanan. Wow dan kemudian seorang lagi tidak tersedia selama lebih daripada 20 minit, jadi ianya bukan mudah.”

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *