Categories
Bola Sepak

Tewas Kpd Itali, Rice Tetap Optimis Peluang England Di Piala Dunia Qatar

Declan Rice kekal yakin tentang peluang England Piala Dunia walaupun memperolehi kekalahan yang mengecewakan kepada Itali pada hari Jumaat.

https://twitter.com/MailSport/status/1573443365659881472?s=20&t=csQBs1qBQLLOQwUPkvsFPQ

England dikalahkan 1-0 di San Siro, dengan jaringan hebat Giacomo Raspadori pada separuh masa kedua yang sudah memadai untuk memberi kemenangan buat pasukan tuan rumah mengatasi Three Lions yang beraksi hambar.

Kekalahan buat pasukan Gareth Southgate menyaksikan mereka tersingkir dari saingan Liga Negara-Negara ketika masih berbaki satu perlawanan.

England kini tanpa kemenangan dalam lima perlawanan dan tidak menjaringkan gol dalam permainan terbuka dalam tempoh lebih tujuh jam.

Empat perlawanan pertama dalam rekod tersbut datang semasa rehat antarabangsa musim panas , termasuk kekalahan memalukan 4-0 kepada Hungary di tempat sendiri.

Tetapi meskipun kecewa dengan kekalahan di tangan Itali, pemain tengah West Ham, Declan Rice percaya England mempamerkan prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan musim panas.

“Ia jelas mengecewakan, ” kata Rice kepada Channel 4.

“Setiap kejohanan yang kami sertai, kami berusaha untuk memenangi peringkat kumpulan dan mara serta memenangi setiap perlawanan. Dalam Liga Negara-Negara, kami telah tergelincir di bawah standard kami.”

“Tetapi saya tidak fikir semuanya buruk malam ini. Satu peluang untuk mereka, satu gol. Saya fikir kami mengawal permainan, menghantar bola dengan baik, terutamanya pada separuh masa pertama dan masuk ke beberapa kawasan yang baik, kami hanya kekurangan ketajaman di bahagian akhir.”

“Tetapi ia akan datang. [Ia adalah] persembahan yang jauh lebih baik daripada pada musim panas.”

England kini telah mengharungi 450 minit tanpa menjaringkan gol dari permainan terbuka, dengan penalti lewat Harry Kane dalam keputusan seri pada bulan Jun menentang Jerman adalah gol tunggal mereka dalam lima perlawanan terakhir.

Rekod ketandusan mereka di hadapan gawang akan menjadi kebimbangan utama Southgate, ketika Piala Dunia di Qatar akan berlangsung dalam masa kurang daripada dua bulan.

Perlawanan Liga Negara-Negara pada hari Isnin menentang Jerman akan menjadi peluang terakhir mereka untuk menemui semula sentuhan jaringan mereka sebelum Piala Dunia bermula, dengan England akan menentang Iran dalam perlawanan pembukaan mereka pada 21 November sebelum perlawanan menentang Amerika Syarikat dan Wales.

Tetapi di sebalik penurunan prestasi yang membimbangkan, Rice tetap yakin tentang peluang England di Qatar.

“Bukannya kami tidak mencipta peluang,” tambah Rice.

“Begitu banyak kali kami masuk ke dalam kotak penalti lawan. Malah saya sendiri di penghujung sana, saya boleh menambah gol, melakukan rembatan dan bukannya melepaskan satu gol.”

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *