Categories
Bola Sepak

Grujic mahu masa depannya di Liverpool selepas semusim lagi di Bundesliga

Marko Grujic telah menetapkan target buat dirinya untuk bermain dengan baik dalam “34 perlawanan” ketika dipinjam di Hertha Berlin musim ini untuk memenangi tempat dalam pasukan Jurgen Klopp di Liverpool.

Pemain antarabangsa Serbia, Grujic bersetuju untuk menghabiskan musim kedua dengan kelab Bundesliga selepas bertemu dengan Klopp untuk membincangkan prospek masa depannya, tetapi dia tidak berputus asa tentang masa depannya di Anfield.

Pemain tengah berusia 23 tahun itu telah membuat lima penampilan di Liga Perdana dalam musim pertamanya di Liverpool selepas perpindahannya € 7 juta dari Red Star Belgrade, diikuti oleh tiga lagi pada 2017-18 sebelum dipinjamkan di Cardiff City dan Hertha.

Dia memulakan 20 perlawanan Bundesliga Hertha musim lepas apabila kelab itu menamatkan musim di tangga ke-11, walaupun kecewa kerana kecederaan, dan dia percaya kejayaannya di Jerman akan menjadi batu loncatan buatnya untuk bersama kembali dengan juara Eropah.

“Saya berada di Liverpool selama beberapa hari selepas musim lalu, melakukan beberapa ujian perubatan,” kata Grujic kepada Sport Bild. “Kami [Klopp dan saya] duduk bersama dan bercakap tentang rancangan saya.

“Kontrak saya di Liverpool masih berjalan hingga 2023. Kami berdua melihaynya dari sudut yang sama: Saya hanya berjaya memanfaatkan 50 peratus peluang saya di Berlin. Kecederaan kecil serba sedikit menjejaskan saya.”

“Dia(Klopp) juga mengatakan bahawa lebih baik untuk perkembangan saya dengan kekal di Bundesliga untuk satu tahun lagi.”

Grujic menceritakan tentang emosinya yang bercampur-campur ketika menonton kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Tottenham dalam final Liga Juara-Juara, kegembiraannya dalam kemenangan kelab induknya yang sama sekali disertai dengan kekecewaannya kerana tidak dapat menjadi sebahagian daripada skuad yang dinobatkan juara Eropah.”

“Apabila saya melihat perlawanan seperti itu, saya selalu menyedari bahawa saya adalah sebahagian pemain di sebuah kelab besar yang saya telah impikan selama ini,” kata Grujic.

“Jika saya bermain 34 permainan yang sangat bagus untuk Hertha, peluang untuk menjadi pemain utama Liverpool tahun depan adalah sangat cerah.”

By dau5144

Saya seorang yang suka mengikuti perkembangan sukan tanah air dan luar negara terutamanya bola sepak dan badminton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *